MacBook Pro vs MacBook Air!. Entri ni bukanlah entri review dua2 jenis laptop keluaran apple iaitu Macbook Air (MBA) dan Macbook Pro (MBP). Just nak kongsi sedikit perasaan setelah menggunakan dua jenis laptop ni.
7 tahun dahulu aku beli Macbook Air 13′ dengan harga RM3,999. masa tu aku student lagi dan aku tak ada pengetahuan langsung tentang macbook tapi disebabkan MBA ni nipis dan fokus kepada kaki travel aku pejam sebelah mata pinjam duit member nak beli. Masa tu aku dah ada laptop acer yg berumur 3 tahun. Faham2lah laptop acer setelah 3 tahun macam-macam problem. Jadi aku beli lah MBA.

Mula-mula pakai serius macam harem je rasa. Spesis orang kampung tetiba guna Mac. Memang haru lah nak hands on pakai laptop ni sebab everything is diffrend kot dengan window.
Lagi-lagi bila nak buat assignment. Susah betul rasanya. Nak install microsoft pun tak pandai. Mintak sofware dengan kawan-kawan semua guna windows. Masa final year projet pun terpaksa double learning sebab terpaksa guna Mac. Tapi alhamdulillah aku boleh atasi. Masa tu aku boleh install Parallels windows. So dah ada windows dalam Mac senang sikit.
Tapi itu cerita 7 tahun lepas. Now 2018 semuanya telah berubah. Nampaknya MBA aku yang di keluarkan pada tahun 2011 sudah tidak mampu nak tahan kerja yang makin memerlukan kerja-kerja advance. Memory, RAM, processor dan Harddisk tak leh menampung sudah.
19 Februari 2018 aku beli MBP 13″ Touch Bar. Agak elegant actually model ni. Lebih kecil dari MBA aku sebelum ni dan agak nipis. Harga MasyaAllah. Pitam!!!! RM8,999 sialll.
Habis duit saving!!!!
Tapi demi study dan kerja terpaksa lah pejam sebelah mata masa buat payment. Tak tahu bila lagi boleh save duit sebanyak tu.
Dulu MBA aku rasa paling menyusahkan sebab tak der CD dan HDMI bagai. Kali ni MBP keluar dengan USB C port USB 3.1 Gen 2 dan Thunderbolt 3. So USB memang tak sama dengan USB kita biasa pakai. terpaksa beli pulak another device untuk connect.
Mula-mula susah juga nak terima kenyataan tu. tapi bila dah pakai 2 hari rasa makin ok. Dan boleh terima pelan-pelan. Tapi masih lagi membiasakan diri.
Perbezaan antara Macebook Air dan Macbook Pro ni banyak jugak. Nak compared secara detail pun tak adil memandangkan MBA keluar padah tahun 2011 dan MBP pada tahun 2018. Cuma dari segi rasa bila pakai tu aku lebih suka MBA. Kalau tak kerana tuntutan kerja yang makin berat aku dah kekalkan MBA.
Sekrang kerja nak kena guna Adobe Photoshoop, Adobe Illustration, Premium Pro dan banyak lagi. Study pulak nak kena pakai Kali Linux, VMware dan entah macam-macam lagi lah nama software.
The post MacBook Pro vs MacBook Air! appeared first on Faizal Fredley.